Info Tips Modifikasi Berita dan Penjagaan Kereta Malaysia dan Antarabangsa

Pages

 

admin On Monday, July 26, 2010

Salam,Kadangkala dalam kehidupan nie,kita selalu tersilap buat perkiraan dan kadangkala tindakan yang kita ambil tu tak bersesuaian dengan yang seharusnya.begitulah jugak dengan kereta,kadangkala kerosakan lain tapi yang lain pulak kita fikirkan dan perbaiki.Dalam post kali ini aku nak sentuh kerosakan yang selalu dan nyata sekali membuatkan pemanduan kita tak berapa selesa dan ragu-ragu akan keadaaan kereta yang dipandu.Selalu sangat bila kita sedang memandu kita rasa stering kereta bergoyang dan bergetar sekali sekala dan membuatkan kita sebagai pemandu ragu-ragu akan keselamatan penumpang termasuklah kita juga.Sebenarnya setelah banyak aku lalu dan garap daripada pengalaman disamping pengalaman sendiri juga yang merupakan pemandu kereta 'sepenuh masa'.Kerosakan tersebut bukanlah kerosakan daripada tayar yang selalunya pemandu akan membuat penjajaran (wheel alignment) dan penyeimbangan(wheel balancing)tetapi berpunca daripada kerosakan gandar iaitu daripada gandar(steering rod).Gandar adalah merupakan sebatang besi lurus bergerigi skru dan terdapat tie besi mudah alih untuk membolehkan pengawalan stering ketepi,depan kiri dan kanan.Gandar tersebut wajib ditukar segera untuk mengelakan kemalangan jika stering kereta anda berasa getaran dan sedikit menggigil ketika pemanduan.Jika terus digunakan tie logam mudah alih itu akan tercabut dan seterusnya kereta tidak dapat dikawal dengan sempurna.Kebanyakan pemandu akan menghantarnya ke kedai tayar untuk encounter dan equalisation tayar tetapi jarang sekali mekanik tayar dapat mengesan keadaan stering tersebut,kerana bila tayar di perbetulkan jajaran dan penyeimbangan tie logam tersebut akan berkedudukan secara kukuh sementara. Keadaan biasa selepas ditukar control handgun tersebut boleh bertahan sehingga 2 tahun jika anda selalu berada dijalan rata dan jika anda selalu melakukan pemanduan dijalan yang tidak rata seperti di tapak industri ketahanannya berkurang 25 peratus .Sekian buat kali ini semuga ianya bermanafaat untuk pemanduan kita semua!Gandar (steering rod)
(Download) Rahsia Dapat Kerja Kerajaan

No comments:

Post a Comment